Friday, December 23, 2011

bahagiakah tanpa ZURIAT???

salam..

terpanggil untuk menjawab persoalan itu..... dah di jeritkan didalam muka buku pada malam tadi gara gara terbaca status seseorang... dan kemudian setelah saya menjawab panjang lebar seperti dibawah seseorang tuh remove plak pertanyaan ni dari page dia... so saya tampal la kat muka buku sendrik... tak sangka plak ada ramai yang menjawab....

tapi tuh la kan.. manusia tak pernah nak letakkan diri ditempat orang lain.... cuba kalau kita nak buat apa apa tuh.. kita fikir... kalau orang lain buat macam tu kat aku.. macam na pulak... mesti aku rasa macam..... bla bla bla... kalau aku tanya macam tuh kat orang tuh.. suka ke dia dengan soalan aku.. suka ke dia ngan pertanyaan aku...

eeemmmmmmmmm

kalaulah setiap orang memahami dan sensitiviti tu lebeyy skett....
hehehehehehehe

---------------------------------------------------------------------------------------

....benda ni subjektif.... Rezeki masing masing.... Kalau dah ditakdirkan tiada zuriat siapalah kita utk melawan ketentuanNya.. Pada yang dah peroleh zuriat pula, jagalah permata hati itu sebaik mungkin kerana itu semua hanya pinjaman.. Ingatlah bukan semua nasib orang sama. Kebahagiaan bukan terletak pada zuriat semata mata.. Bergantung pada pasangan .. Pandailah mereka yang tak punyai zuriat itu mencari bahagia.... Jangan dipersoalkan..kerna kita tidak tahu sama ada pasangan itu suka atau tak jikalau orang keliling asyik bertanya soalan yang rasanya tak payah ditanya tu... (dlm konteks nie rasanya pasangan yg tiada lagi rezeki anak tu takdernyer nak suka suka takder ank...) .. Dan rezeki itu masing masing Allah dah tentukan.. Allah swt kurang kat situ.. Dia lebih kat sana n vice versa...Soal Jodoh... Soal anak... Soal mati .. Itu semua Allah dah rancang untuk kita..siapalah kita manusia biasa ni yg asyik bertanya dan mempersoalkan....?... Setiap yang pahit ada manisnya...... renung renungkan....

So pada orang yang rasa bangga punyai anak itu..janganlah memperkotak katikkan orang yang masih tidak peroleh zuriat.... Kalau Allah nak tarik balik kebanggaan anda tu dalam sekelip mata je..... Bukan lah nak melatah, tapi kekadang tak berapa nak paham pada orang yang macam tak paham bahasa..... Letih nak menjawab soalan --> bila nak ada anak nie? tanak anak ke? Tak puas lagi ke hidup berdua..? Bila nak bertiga..?

Come on la.. Boleh tak letakkan diri di tempat orang yang ditanya tu..? Kalau anda disituasi itu.. Kan ker akward... ... So cubalah memahami....

Tuesday, December 13, 2011

disember 2011

salam...

dah nak masuk tengah bulan disember dah kan...

anniversary ke 7 pada 4/12/2011 disambut meriah dengan mak abah adik ana.. adik nisa.. the cousins.. fauzan, sila n bb dhiya , durra, yusri n bb adni.. maksu zura, acu jaja n danial n iva marissa.. tq dearest families for the cake... terkezut sayerrr...



birthday dear lova lova on 11/12/2011 yang lepas celebrate di ara damansara with december babies n november babies yang lain.... tapi pagi tu masa breakfast buat something for enchek hubby... just a simple things sometime give a big impact... heheehehe



we celeb the december babies n november babies...
efy - 20/11/2011
aunty mah - 30/11/2011
cik nab - disember
kak diha - 1/12/2011
hubby - 11/12/2011
me - 29/12/2011

tq for the lovely present kak diha n my dear biras - fatimah kamila... n also mama..

hadiah from me to hubby pending nooooooo....

2 minggu berturut turut terjah jalan TAR....
3/12 yang lepas g ngan mak abah adik ana
10/12 yang lepas plak g ngan wancik, maksu, iva, danial n fina..
lotiihh ooooo...
sebab jarang outing on weekend.. memang aktiviti nie meletihkan..
hehehehehe
dok menahan je nak membeli..
duit yilekkk maaa

heheheheehe

planning nak jenjalan la akhir bulan nie.. nak cuti cuti malaysia rasanyer....
tengok budget la nanti....
really need a nice vacation with dear hubby...

eehheemm.. paling best bulan disember nie mungkin result peperiksaan semester 5 kot...
keluar pada 9/12/2011 yang lepas...
alhamdulillah... 3.615 dalam gengaman...



memang tak sangka sebab semester lepas la paling malas baca buku...
tapi semester lepas la mie belajar ada sistem sikit... yakni... fahami konsep apa yang dipelajari dan apa yang dikenhendaki...
n assignment juga pulun kaw kaw punya... hehehehe
moga moga maintain sebab kalau rezeki ada.. boleh sambung lagik ke peringkat seterusnyer... hik hik

apa pun semoga disember tahun ini memberikan berita yang best best..
sebelum berakhirnya tahun 2011 dan bermulanya tahun 2012....
kejap je kan masa berjalan sekarang...
pejam celik pejam celik tau tau dah habis 365 hari.... hehehehe

owwhh adik mie n adik ipar ku ada di Korea sekarang.. adik ipar cuti cuti la ngikot si suaminyer yang kena bekerja .. yang adik mie bekerja jap kat sana.. sebulan di Korea.. syiokk oooooo... kan best lau dapat peluang cam tuh.. merantau tengok negeri orang.... jaga diri n jangan luper beli sebeniirrrrr utk kakak mu ini ... hik hik... menunggu blusher yang dipesan... weeeeeeeee

lama giler tak conteng conteng sini...
bz sangat.. kat pejabat kerja menimbun.. kat rumah plak.. memang menikmati cuti semester...
so akibatnya blog bersawang berhabuk...

ok lah...
wassalam...

SBPA - Skim Bodek Pegawai Atasan???

salam

pekeliling baru untuk semua penjawat awam dah selamat keluar.. yang tak keluarnya lagi adalah bagaimana pengiraan gaji dan yang berkaitan dengan gaji lah.. lepas tuh banyak benda yang perlu diberitahu secara terperinci kerana pekeliling yang dikeluarkan kalau baca sekali harung memanglah tak berapa nak paham.... hehehehehee

SBPA -Skim Bodek Pegawai Atasan....??
hehehehehehe lawak la pulak....
itu lah yang dok orang canangkan.. as for me.. bila tengok tangga gaji yang diselaraskan macam ada sedikit kekeliruan dan ada yang tambah kurangnya.. bayangkan.. orang yang bekerja lama, gaji boleh sama dengan newcomer.. n tak mustahil lagik lebih dari orang yang dah bekerja lama.. emmm patutnya kena tengok yang kat situ kot..

baru menengok bolg CUEPACS .. emmmmm katanya Cuepacs nasihat penjawat awam untuk menangguhkan dulu dari sign option yang ditawarkan... emmmm entah laa.. memacam...

harap harap jangan terasa tertindas udah laaaa...
sebab bila tengok tangge gaji yang entah betol ke idak yang hangat diedarkan macam pelik bin tahapahapa jee....

apa pun tunggu keputusan yang muktamad...
nak cakap bebanyak pun tak boleh...
tunggu je laaaaaaa

harap harap pihak JPA boleh la buat tour untuk menerangkan pekeliling yang dah keluar tuh..
dan harap harap semua pihak berpuas hati...

jangan ada yang rajin bekerja.... disebabkan kenaikkan adalah tidak wajar.. terus jadi pemalas... huhuhuhuhu yang memang pemalas tuh... tak boleh nak cakap apa laaa.. harap harap 'exit policy' yang nak digunakan .. digunakan dengan sewajarnya... sebabnya ada je penjawat awam yang datang kerja.. punch card... bukak pc atau laptop.. kemudian main game dari pagi sampai petang.., petang tuh .. boleh pulak balik lewat semata untuk main games di komputer... kerja yang ada langsung buat tak tahu... orang sebegini yang patut dan sewajarnya say good bye to perkhidmatan awam ini...siap boleh buat tontonan movie marathon lagik... sebabnya ada je kat pejabat mie nie yang 3-4 orang yang buat perangai tak bertanggungjawab macam nie... kalau lah 3-4 orang nie dibuang atau digantikan dengan orang yang boleh bekerja dengan bagus.. kan ker dah melancarkan jalan kerja di pejabat.. emmmmm

apa pun kerja itu adalah ibadah dan amanah dari NYA ... sendiri mau ingat lah ye ... dengan gaji yang diterima.. nak bagi anak bini makan dengan duit yang 'tidak suci' ker???

apa pun setiap perubahan memang pada awalnya memang susah nak adapt.. tapi kalau kena caranya dan tiada penindasan serta baik dan bagus.. pasti orang takder yang bebising...